Me






Salam kasih sayang pada semua pembaca , blogger, youtubers dan seangkatan dengannya. Kalau budak yang korang tengok kat atas tu sesungguhnya dia ni bukanlah bruno mars .
Nama sebenar Mohamad Norhakim Bin Abd Rahim.

Nilah hakim sesuatu yang sedang mencuba sesuatu untuk menjadi sesuatu.

Sekarang ni aku pilih blog sebagai sebahagian cara hidup aku. Memandangkan aku dah jumpa hobi baru yang boleh di asah iaitu dengan menulis. Jadi sebagai tapak permulaan untuk aku berjinak-jinak dalam bidang penulisan ialah melalui blog.

Ada benda yang aku nak perjuangkan dalam penulisan aku , sebab apa yang penting aku harap perjuangan aku ni boleh memberi impak terutama sekali dekat diri aku dan orang sekeliling. Dan mungkin sesiapa sahaja yang sedang berjuang dalam kehidupan sebenar mencari erti sebuah kejayaan.Bagi aku perjuangan tanpa memberi impak kepada diri sendiri dan orang sekeliling seolah-olah perjuangan jasad tanpa roh .

Masih melangkah dan terus melangkah. Masih percaya dan terus percaya. Masih berjuang dan terus berjuang.

Terima kasih kerana singgah sebentar ke sini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan