Memandangkan besday aku pun tak lama lagi, jadi aku nak
share sikit satu benda. Bila sebut pasal besday orang akan ingat pasal hadiah.
Aku di lahirkan dalam golongan bintang Virgo. Kalau korang ada kawan ke , saudara
ke atau pasangan yang lahir dalam golongan bintang Virgo. Kat sini aku nak
share hadiah yang sesuai untuk diorang. Untuk bintang Virgo pula jatuh pada 24
Ogos sehingga 23 September.
Virgo bermaksud Tanah. Jadi lebih kepada alam semulajadi.
Jadi hadiah yang sesuai – Semula jadi dan elegan.
-Buku yang sesuai bergantung pada minatnya.
-Produk mandian dan kesihatan.
-Bunga (Hidup atau kering).
-Perhiasan / barang yang diperbuat dari kayu.
-Pokok (yang comel boleh letak atas meja).
-Organizer / Elektronik organizer (P.D.A , Ipad , dll).
-Alat tulis (mereka minat menulis).
-Dompet (classic )
-Beg galas / Beg tangan (style)
-Haiwan peliharaan spt kucing , ikan , sugar glider , ular
(Tapi pastikan dia mampu untuk menjaga dari segi kewangan , tempat dan masa).
-Peralatan tukang untuk yang minat kerja berat.
-Peralatan masak untuk yang minat masak.
-Peralatan Sukan (bergantung sukan yang dia main).
-Keahlian Gym.
-Kelas menari / Silat / Tomoi dll.
-Makan malam bersama ( tapi tempat jangan terlalu mahal ).
-Spa treatment (fuh bestnya kalau ada sapa nak belanja ni)
Korang boleh pilih mana yang sesuai ikut pada kemampuan
masing-masing. Satu lagi bila nak balut hadiah tu pilih warna yg elegan macam biru
, coklat atau silver. Dan yang paling penting lagi apa2 pun yang korang bagi
kena lah ikhlas. Hehe. Selamat memberi hadiah.
*sesiapa yang membaca ramalan horoskop dengan sengaja walaupun sekadar suka2 (percaya ataupun tidak) , Solat mereka tidak akan di terima Allah selama 40 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan