21.1.13

mak oh mak



Masa saya syok melepak dengan kawan-kawan baik saya malam tadi , tiba-tiba je rasa nak tulis sebuah blog khas untuk my “mom”. Cheehhhwaahh . Memang baguih bila kita melepak membuang masa (kadang-kadang je) bersama kawan-kawan untuk berkongsi idea , pengalaman , nasihat dan perkara yang membuatkan kita ada keinginan untuk berjaya.

Kurang “bermakna” bila kita melepak dengan kawan-kawan bila tiada pengisian. Saya tak cakap lepak dengan kawan tu tak bagus ye anak-anak. Cuma tiada makna (meaning ) sewaktu bersama kawan-kawan. Tiada kenangan indah atau pahit untuk kita ingat tentang kawan kita tu, time kita lepak dengan depa.
Daripada satu topik ke satu topik kami dok syok bersembang sampai ke satu topik “mak”. Member aku ni seronok bersembang pasal mak dia (mak dia terus call time tu). Hebat kuasa Tuhan !!! Connection antara 2 orang manusia yang sangat rapat. Antara mak dan anak.

Lepas mak dia call , terus dia bercerita. Mak kita ni sebenarnya risau kat kita. Kita anak-anak ni bukan tahu pun .

 Tanggapan

Anak-anak          : mak dan ayah aku ni ok ke tak ye?  Rasa-rasanya ok ni , rasanya diorang faham tugas 
aku sekarang. 

Mak                       : Anak-anak aku ok tak ye? Dah boleh berdikari mesti ok kot tapi cukup ke duit dia, dah makan ke belum, macam mana lah kerja dia, kawan-kawan dia macam mana lah, sembahyang ke tak, dia buat benda pelik-pelik ke kat sana. (kadang-kadang boleh buat mak kita jatuh sakit – istilah paling mudah rindu kan anak-anak.

Jadi perkara yang saya nak tulis hari ni pasal saya dan mak saya. Saya bersyukur sampai hari ni saya masih memiliki seorang ibu yang garang dan penyayang. Saya teringin sangat nak ucapkan terima kasih pada mak saya setiap hari sebab besarkan saya dan ajar macam-macam pada saya. Tuhan sahaja yang dapat balas.
Saya dengan mak  saya selalu berbeda pendapat. Tapi bukanlah sampai bergaduh dan tarik muka. Cuma masing-masing memberi pendapat masing-masing bila ada isu atau persoalan. Lepas habis berhujah lepas tu sembang balik macam mak dengan anak (dah macam kawan lama pulak. Jangan marah ye mak)

Cuma sekarang persoalannya adalah mengenai masa depan anak jantan mak yang sorang ni. Sebagai seorang ibu , dia akan menyokong apa sahaja yang anak-anak buat asalkan tidak susah. Bila banyak perkara yang dah berlaku dan banyak persoalan mula muncul dalam fikiran seorang ibu. Jadi perkara yang dapat di tunjukkan kasih sayang pada anak-anak ialah dengan risau, memberi pendapat dan nasihat, (bila anak degil tu yang mak akan mula berleter).

Mak memberi pendapat untuk saya bekerja dengan menggunakan sijil-sijil pengajian yang saya usahakan selama belajar di universiti .

Saya pula tidak mampu bekerja di bawah orang (tak nak jadi “king of snake” sebab dok mengular je), sedar kelemahan diri saya. Lepas tu saya nak gunakan potensi yang ada dalam diri, nak ke arah lebih baik, nak tolong keluarga, nak buat perubahan besar dalam kehidupan saya dan orang di sekeliling saya (tak kira siapa pun dia).

Jadi secara teorinya siapakah yang bersalah di dalam hal ini , saya atau my “mom” kah?
Mak mana yang tak sayang anak oiiiiiii ,  tambah dengan macam-macam  yang dah berlaku kat anak dia. Kerisauan yang sangat besar buat dia banyak memendam perasaan dan bila kita berjumpa atau telefon mestilah seorang ibu akan luahkan apa yang terpendam.

Sebenarnya masing-masing yang tak faham apa yang berlaku sebenarnya.

Jadi pada malam perbincangan malam tadi rasa bersyukur sangat-sangat pada Tuhan setalah faham dengan apa yang berlaku. Terima kasih juga pada kawan saya “Danny Irfan” dengan topik dan pendapat dia.
Sebenarnya seorang ibu sangat-sangat menyayangi anak-anak mereka. Tetapi di sebabkan anak dah semakin besar , perasaan sayang di tunjukkan dalam bentuk risau. Di olah dengan kata-kata dorongan dan nasihat. Di sebabkan melihat mak terlalu risau anak-anak yang tak faham mula rimas.

Jadi anak-anak mula meyakinkan ibu mereka. “ibu jangan risau saya kat sana sangat ok” , “saya dah besar” , “bagi saya peluang untuk mencuba dulu , jangan risau ye mak” , “saya akan buat ibu bangga dengan saya”.

Untuk menunjukkan sokongan menandakan sebuah kasih sayang seorang ibu mula memberi kepercayaan pada anak-anaknya. Lalu hanya menunggu berita dari anak-anak samada mereka ok ataupun tidak.
Anak-anak mula sibuk demi mengejar cita-cita. Jadi salah faham tu dapat di selesaikan malam ni. Yang mana kita faham tugas kita sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang ibu atau ayah.

Jadi di sini saya terpanggil untuk membuat pengakuan ikhlas pada ibu kesayangan saya Esah binti Mat Nor bahawasanya saya sebagai seorang anak ingin mengucapkan “terima kasih” (tak dapat nak dibayangkan) kerana melahirkan saya, menyusukan saya, membesarkan saya, mengajikan saya, mengajar erti sebuah kehidupan dan banyak lagi tak tertulis di dalam blog ni.

Dan saya ingin meminta maaf dengan kesilapan yang pernah melukakan hati mak kesayangan saya. Sewaktu saya di lahirkan sehinggalah sekarang. Saya harap saya tidak akan mengulangi kesilapan saya selepas ini. XOXO.. ala tomei-tomei

Kepada ayah saya pula Encik Abd rahim bin Ahmad jangan berkecil hati pula sebab tak tulis pasal ayah. Nanti pasal ayah saya pun keluar juga sebab panjang juga nak cerita. Kena buka page baru. Don’t worry dad , you are my hero in my life. XOXO……

Jadi kepada sesiapa yang membaca kisah blog ini saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memberi masa anda untuk mengetahui sedikit pengalaman yang boleh di kongsi bersama orang lain. Saya sangat berbesar hati dengan komen-komen yang membina atau kritikan yang membantu dalam memberi pengajaran erti sebuah kehidupan.

Apa yang saya harapkan setelah anda membaca blog ni membuatkan anda teringat kepada ibu, mak, umi, mom, mama, amma ,maa , mek, dan apa jua panggilan atau ayah, abah, papa, walid, daddy , paa , leader dan apa jua panggilannya. Untuk sesiapa yang masih ada salah satu atau kedua-duanya lagi bersyukurlah dan berterima kasih lah pada mereka. Ambillah telefon anda , lalu mendail no ibu / bapa anda. Bertanya khabar, ceritakan keadaan anda, mendengar luahan mereka, dan berterima kasih lah pada mereka.

Untuk yang sudah tiada ibu dan bapa boleh sedekahkan Al-fatihah dan doakan kesejahteraan mereka sewaktu di sana bagi yang beragama islam. Untuk bukan islam boleh bertakafur sebentar tanda mengingati dan berterima kasih pada ibu dan bapa anda.

Dan bagi yang merasakan blog kisah ini menyebabkan wujudnya satu perasaan rindu kepada ibu dan ayah anda. Mudah sahaja tugas anda iaitu dengan berkongsi cerita ini dengan orang di sekeliling anda samada keluarga , sahabat, kawan, jiran, dan saudara sesame islam. Berkongsilah dengan sesiapa yang anda suka samada di facebook, twitter, blog anda(bukan copy and paste ye) , bbm, whatsapp, kedai makan, di mana saja. Terpulang pada anda. Dan saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membaca dan berkongsi cerita ini.


Jumpa lagi…..
*anak mak ni nak balik kampung as soon as possible. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan