Assalamualaikum
Happy dan sangat happy.
Apa yang aku nak tulis adalah satu perkara yang memang menjadi dambaan setiap manusia. Tak kira apa pun warna kulit , bangsa , bahasa atau di mana saja berada. Apabila menjadi manusia perkara yang tak boleh lari ialah inginkan kegembiraan.
Gembira boleh datang dengan macam-macam cara. Dan berbagai cara orang menikmati kegembiraan. Ada yang ketawa , ada yang menangis , ada yang senyum , ada yang bercerita , ada yang diam , ada yang menari , ada yang diam dan banyak lagi cara nak menunjukkan perasaan gembira tu.
Perasaan gembira tak boleh di kawal atau di buat-buat tapi ia anugerah dari Tuhan pada hamba-Nya.
Sebab tu begitu besar nikmat bila di kurniakan kegembiraan. Untuk merasai kegembiraan yang sebenar pun perlu lalui kepahitan.
Ada kegembiraan yang tak perlu melalui kepahitan atau kesusahan, Semua bergantung pada minda dan cara berfikir.Ada yang di sebabkan perkara yang kecil boleh buat seseorang tu gembira dan ada juga yang memerlukan sesuatu yang besar untuk buat dia gembira.
Hebat-Nya Dia bila beri kesusahan dan kepahitan dahulu pada hamba-Nya kemudian baru anugerahkan kegembiraan sebenar. Masa mendapat kegembiraan ni susah nak di gambarkan atau di ceritakan bagaimana perasaan tu. Kecuali orang yang melaluinya sahaja.
Ada yang menjadi hamba yang semakin kenal kepada Tuhannya dan ada yang menjadi penderhaka kepada penciptanya (semoga kita di lindungi dari sifat ini) bila di kurniakan sebuah anugerah iaitu kegembiraan.
Jadi untuk merasai lagi dan lagi anugerah tu tak susah pun sebenarnya. Walaupun kita mungkin berduka atau menghadapi kesusahan . Ingatlah perkara kecil kurnian-Nya yang boleh buat kita senyum dan mula bersyukur.
Bila melalui perkara yang sukar atau memedihkan , mula fikirkan bagaimana penghujung yang "happy ending". Buang rasa takut dan risau dengan membayangkan perkara yang indah pada hujung jalan. Sebab dengan mewujudkan prasangka yang baik akan membuatkan kita boleh terus berjalan dan terus berjalan.
Percayalah setiap kegagalan dan kesusahan tu hanyalah sementara sahaja. Jadi buang jauh-jauh perasaan risau dan takut. Sebab itulah perkara yang menyebabkan manusia kehilangan segala-galanya. Mula berprasangka buruk termasuk pada Tuhannya.
Jadi selamat berjuang untuk kegembiraan anda . Nikmatilah perasaan indah tu sebaiknya.
P/s : memang malam ni aku sangat gembira sampai aku tulis pasal gembira. Terima kasih kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan