2.11.12

Kecik nak besaq


Zaman sekolah menengah  tempat mula-mula aku belajar untuk berdikari. Maksudnya aku pergi sekolah pun sendiri (naik bas) . Banyak membuat keputusan sendiri. Sebab masa sekolah rendah aku pegi sekolah pun dengan mak aku sebab dia pun cikgu. Bila sekolah menengah je nak kena berdikari.

Masa form 1 sampai form 3 aku belajar di sekolah menengah abu bakar al baqir . Tapi masa ni aku belajar pun macam orang lain juga. Cuma masa ni aku belajar mengenai benda baru. Aku mula kenal erti minat membaca. Aku suka sangat membaca tapi bukan lah buku teks atau pun buku latihan . Aku suka baca komik.


Persoalannya siapa yang nak belanja aku buku komik setiap bulan. Mak aku ke ? ( itu semua kerja gila ) Ayah aku ke? ( no komen ) .

So di sebabkan desire yang tinggi membuatkan aku excited nak simpan duit, makan pun jimat-jimat. Mak aku kalau bagi duit memang ngam-ngam untuk makan dengan tambang. So faham-faham lah macam mana aku berjimat. Apa-apa pun terima kasih mak . :)

Masa ni aku dengan dunia komik je selain petang-petang aku lepak dengan kawan baik aku yang dua orang tu. Si safuan dengan si mat . ( sama-sama belajar mengenal dunia ). Sebabkan aku duduk kat taman yang tak seberapa besar tu, jadi mudah la orang nak kenai.

Kadang-kadang memang la buat kerja yang merepek siap bagi orang laen marah. Apa-apa pun kami tetap enjoy dengan kehidupan kami.  Tapi kami bukan lah jahat sangat macam pergi mencuri ke , pecah rumah ke , sekodeng orang ke , hisap dadah ke . Cuma kadang-kadang tu nak bergurau je tapi sampai orang kat taman tu jadi bengang kat kami. Contohnya kami  niat nak main api je , tapi sampai terbakaq kebun orang lain baq hang . Main bola sampai pecah tingkap rumah jiran.  Yelah kami akui kami memang nakal. Kami minta maaf (sambil buat muka comel)



Lepas tu kalau kat sekolah  , masa ni aku pun tak aktif sangat . Jadi pelajar biasa yang cuma nak skor dalam pmr ja. Dan yang paling feveret sekali bila sampai kat kelas sembang pasal gusti.( time tu WWF ada The Rock dengan Stone Cold) Time tu gusti pukul 11.00 malam hari selasa, tapi pukul 10.00 malam aku dah kena tidoq.

So hari selasa tu aku akan tidoq macam biasa , pukul 10.00 dah ready berdengkoq. Mak aku pun dah tidoq dah time tu. Tepat pukul 11.00 malam , pelan-pelan aku pegi ke ruang tamu. Tarik nafas lepas tu buka tv dan dengan lantas , pantas dan lekas bagi perlahan suara tv tu sampai tak dengar apa-apa pun( macam cita James Bond baq hangg). Lepas tu layan sampai habis. Esok sampai sekolah , sampai seminggu la dok sembang pasal benda tu.
(selalu juga kantoi dengan mak aku masa tengah syok layan gusti. Sampai wayar tv pun mak aku sorok.)

So apa yang aku belajar pasal hidup masa ni, kalau kita nak kan sesuatu kita boleh dapatkan benda tu dengan pergi (action ) dapatkannya. Bukan tunggu je jatuh atas tapak tangan. Thanks mak dan ayah untuk pelajaran ini. Sayang mak.Sayang mak. Sayang Mak. Sayang ayah.

Nasihat aku kat korang luar sana , sayangilah mak ngan ayah korang. Selalu lah minta maaf kat diorang sebab kadang-kadang bila kita ni degil kita tak rasa pun kita ni macam bersalah.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan