10.6.14

Karya untuk dia

Assalamualaikum

Akhirnya berjaya juga menyiapkan sebuah karya. Walau tak sempurna , yang penting tak berhenti dan putus asa.

Lirik lagu sampai waktu ni dah lama di tulis. Lagu je yang agak baru di ilhamkan. Tapi tak baru sangat lah juga.

Dalam hidup ni manusia akan bergerak dan terus bergerak bila ada sesuatu yang di panggil harapan. Tanpa harapan manusia akan berhenti dan mungkin mati. Setiap orang pasti mencipta harapan untuk mereka terus bergerak.

Dengan harapan manusia akan bergerak walau tidak tahu keputusan. Sekiranya sudah tahu keputusan tanpa melalui perjalanan dengan harapan. Manusia tidak akan belajar erti kehidupan , erti pengalaman , erti kegagalan , erti kejayaan dan erti cinta.

Jadi lagu ni aku buat untuk aku wujudkan sebuah harapan untuk diri aku yang  tak pernah sempurna. Yang sedia ingin melalui perjalanan walau tak tahu keputusan.

Sebab apa yang berlaku memang sebuah ketetapan dan yang paling penting seseorang pernah beritahu aku. "jangan anggap ini satu pengajaran tapi anggap ini satu pengalaman".

Manusia tanpa melalui pengalaman akan menjadi seorang yang bosan dan akan di lupakan.

So lagu ni memang tak sesedap mana sebab aku bukan ingin jadi penyanyi tapi aku ingin berkarya untuk beritahu apa yang aku rasa.

Jadi selamat mendengar. Terima kasih kerana membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan