Assalamualaikum
Jumpa lagi semua dan saya doakan hari ni adalah hari yang terbaik untuk korang.
So hari ni kita sama-sama berjuang untuk hari yang lebih baik dan bertambah baik.
Hari ni aku dan kawan-kawan akan berjuang di Fiesta belia kat Putrajaya. So sapa yang rasa masih terasa belia boleh lah datang meramaikan lagi suasana. Setahu aku untuk tahun ni diorang target lebih kurang 2 juta manusia yang akan menghadiri ke fiesta ni.
Bagi aku ni adalah peluang yang tak dapat di lepaskan memandangkan salah satu pemulaan yang baik untuk aku belajar satu perkara baru dalam dunia perniagaan yang mencabar.
Bermula dari bawah dan salah satu amalan seorang sahabat Rasulullah saw iaitu bermula dengan apa yang kita ada. Tahu tak siapa , orang yang paling kaya sewaktu zaman Rasulullah dan paling di geruni orang-orang yahudi di Madinah. Seorang lelaki yang telah memporak-porandakan sistem yang diorang buat.
Tidak lain dan tidak bukan iaitu Abd Rahman Bin Auf ra. Jadi ini adalah untuk membuktkan apa yang di lakukan oleh sahabat ra itu adalah salah satu kejayaan yang sangat terbukti walaupun sudah berada di hujung-hujung dunia ni.
Dengan bermodalkan modal yang kecik je pun. Aku buat keputusan untuk berniaga Ais krim malaysia yang sedap tu. Salah satu memori yang agak sentimental value untuk semua orang yang pernah hidup kat malaysia ni.
Memandangkan susah nk dapat benda tu zaman ni. Aku rasa nak berkongsi dengan orang yang kat luar sana untuk menghidupkan kembali nostalgia zaman kecik-kecik dulu.
Lagi satu dapat offer untuk jual kek coklat moist yang memang aku bagi 5 bintang kat kek ni. Serius bapak sedap dan memang aku rasa owner dia yang buat ni memang masak dengan kasih sayang. So sangat2 recommend kat korang untuk try satu.
So doakan kejayaan saya dan kawan-kawan untuk hari ni. Dan yang paling penting sekali , saya mengharapkan kita sama-sama berjuang dalam apa yang kita buat dan terus percaya dan percaya. So good luck pada semua.
p/s : sekarang ni musim panas yang terlampau , terasa macam berniaga kat padang pasir pulak . So harap cepat lah habis ais krim malaysia tu. Sapa2 yang terjumpa nnti singgah2 lah ye , boleh lah dpt diskaun nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan