Assalamualaikum
Mula-mula sekali aku bersyukur pada Tuhan yang esa dengan berbagai-bagai nikmat dan pemberian-Nya sehinggalah ke hari ini.
Yang mana genaplah umur aku yang ke 27 tahun. Bermakna semakin tua dan semakin besar tanggung jawab.
Bermacam-macam pengalaman yang dah aku lalui dan rasai sepanjang hidup sebagai seorang hamba dan manusia.
Betapa besarnya rahmat dan anugerah-Nya pada diri aku yang sememangnya tiada apa-apa pun. Bila di beri sedikit kefahaman untuk mengenal kehebatan dan kekuasaan-Nya.
Perjalanan hidup untuk setiap orang di dunia ini adalah sangat indah dan sempurna. Kerana setiap apa yang berlaku pada diri manusia pasti ada jawapan yang membuatkan kita rasa bersyukur dan berlapang dada sekiranya kita mula kembali pada-Nya walaupun perkara yang berlaku itu membuatkan diri kita mungkin bersedih atau kecewa atau apa sahaja .
Jadi melihat pada umur aku yang semakin bertambah telah membuatkan kerisauan aku pun juga bertambah.
Menjadi perkara biasa bila timbul persoalan dalam hidup bila ada perkara yang belum terlaksana dan ada perkara yang mungkin terlepas dari pegangan.
Dari segi pencapaian , dari segi jodoh , dari segi kewangan , dari segi pengetahuan , dari segi pengalaman dan berbagai-bagai segi lagi yang mesti timbul.
Kadang-kadang perkara yang macam ini akan membuatkan seseorang itu mula membandingkan dirinya dengan orang yang lain. Dan timbullah persoalan yang sangat besar yang boleh membuatkan diri menjadi dalam tekanan dan dilema.
Jadi aku anggap ini adalah perkara biasa bila perkara-perkara ni mula menerawang ke dalam fikiran dan yang paling penting sekali bila ada satu bisikan yang cuba membuatkan kita rasa kecewa dan mula mempersoalkan kenapa?
Jadi persoalan itu boleh menjadi perkara yang membantu atau mungkin melemahkan diri. Cara yang terbaik adalah mula bersyukur dengan setiap apa yang berlaku dan setiap apa yang pernah di miliki.
Dari segi rezeki , jodoh dan maut memang sudah di tetapkan.
Untuk perkara seperti rezeki dan jodoh dan perkara yang kita ingin capai dengan usaha yang betul jangan di lupa iaitu doa. Seorang ustaz memberitahu aku, mintalah apa saja pada Allah. Tak payah nak malu-malu. Lambat dengan cepat je. Yang pasti akan makbul dengan izin-Nya. Dan tanda doa itu tak makbul bila kita rasa Allah tak terima doa kita. Tuhan memberi mengikut sangkaan hamba-Nya.
Dan bila kita minta sesuatu yang terbaiknya permintaan itu juga dapat membantu kita untuk berjaya di Akhirat nanti.
So semoga hari ni akan menjadi lebih baik dari semalam serta hari esok menjadi terbaik dari hari ini.
Sekian.
Terima kasih kerana membaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan