31.5.14
Kenapa awak
Saya nak beritahu awak sesuatu.....
Semenjak dua-menjak ni saya telah bertanya beberapa soalan. Bukan di tanya pada awak tapi pada diri sendiri.
Kenapa saya jumpa awak?
Kenapa saya jatuh hati pada awak?
Kenapa saya tak boleh lupakan awak?
Kenapa saya masih teringatkan awak sampai sekarang?
Kenapa saya masih mengharap lagi dengan awak?
Kenapa saya tak putus asa lagi dengan awak?
Kenapa sampai sekarang bila saya teringat awak hati saya berdebar?
Kenapa awak dan bukan orang lain?
Kenapa saya tak boleh nak suka pada orang lain sebab asyik ingat awak?
Kenapa saya tunggu awak walaupun tahu awak dah ada orang lain?
Kenapa sampai sekarang saya tetap percaya pada awak?
Kenapa saya jadi buta hati sebab awak?
Kenapa sampai sekarang saya takut, takut kehilangan awak yang tak pernah saya miliki?
Kenapa saya tak penat asyik fikir pasal awak?
Kenapa saya tunggu juga sampai sekarang walaupun dah nak 5 tahun
Kenapa makin kerap saya fikir pasal awak? kenapa sampai saya boleh tulis semua soalan ni?
Kenapa soalan nya mesti guna kenapa?
Jadi setiap soalan mesti ada jawapan.Dan saya dari dulu tak pernah ada jawapan.
Sesungguhnya hanya Dia yg tahu.
Mungkin awak ada jawapan tu atau pun mungkin tidak.
So biar masa yg menentukan segalanya.
p/s: Setiap kenapa menunjukkan sel-sel otaknya sedang berhubung . Nampaknya sel-sel otak ni sedang berhubung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan