4.6.14

Si pembuat kopi

Salam kasih sayang

Hari ni aku nak berkongsi cerita pasal si pembuat kopi. Ini berdasarkan kisah benar.

Aku percaya ramai yang kat luar sana suka minum air kopi. Ada macam-macam jenis air kopi di Malaysia yang aman ni.

Aku paling suka kopi aik cheong. Di sebabkan ada halal jakim jadi aku beli jer. Tanpa was-was untuk elakkan benda menjadi subahat.

Aku suka bila kawan-kawan datang rumah untuk lepak sambil sembang-sembang benda yang ilmiah. Bila dah penat kerja (masa ni kitaorang buat sale) so mesti nak lepak dan chillek.

Aku kurang kalau nak lepak kat kedai mamak sebab suasana yang tak membantu kecuali ada game bola yang best atau final ke atau teringin nak makan nasi kandaq.

Jadi bila nak lepak aku menggalakkan kawan-kawan datang rumah sebab lagi selesa. Yelah dok rumah bujang memang tak ada masalah. Apa yang penting selesa dan damai. Tetamu bila datang rumah bawa rahmat beb. Balik je terus dah kurangkan dosa-dosa yang bertimbun ni.

Jadi bila dah mula borak tu biasa nya mestilah nak kena ada pencuci mulut dengan air kopi panas ke. Di sebabkan kawan-kawan ni dah kerap sangat melepak kat rumah aku dah jadi macam rumah sendiri.Kalau orang yang jarang datang lepak tu memang sukalah aku membancuh airnya. Tapi kalau dah hari-hari datang memang buat sendiri le brader.

Bila dah selalu sangat melepak akhirnya secara automatik telah terpilih seorang hamba Allah ni menjadi rutin dia untuk membancuh air kopi. Pusinglah macam mana pun, akhir sekali mesti dia juga yang kena bancuh air kopi.

Trick dia senang je kawan-kawan. Hargai apa yang orang tu buat. Tak susah pun. Memandangkan sebelum beliau mula menceburi bidang membancuh kopi ni. Kami bergilir-gilir dulu buat kopi. Hari ini aku , esok ko , dah lusa dia pulak.

Nak di jadikan cerita bila beliau bancuh kopi , mesti kopi dia yang paling sedap dari kami semua. Tapi masa tu tak lah sedap sangat tapi kira not bad lahh. Orang bujang maaa.

So sebagai penghargaan kerana kesedapan air beliau kami mesti beri sedikit pujian yang membina. Dan akhirnya dia menyedari kebolehan dia iaitu membancuh air kopi yang sedap.

Sejak dari hari tu beliau akan menyediakan air kopi yang paling sedap untuk kami semua bila lepak kat rumah aku. Dan yang bagusnya skill membancuh beliau semakin meningkat dan terus meningkat. Bayangkan kadar kelajuan menjadi lebih cepat bila nak bancuh air kopi. Dan kami boleh rasa macam-macam style rasa air kopi.

Akan menjadi satu kepuasan untuk diri beliau bila melihat kawan-kawan dapat menikmati air kopi paling sedap buatan beliau. Dan beliau sendiri tak perlu komplain sebab orang lain buat tak sedap. Yang pasti setiap kali kami melepak kami mesti merindui air kopi kawan kami tu.

Dalam cerita ini apa yang aku cuba nak sampaikan. Yang pertama penghargaan adalah sangat penting untuk menaikkan semangat seseorang untuk melakukan sesuatu sehingga boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Walaupun benda itu adalah perkara yang kecil. Tak perlu tunggu perkara yang besar baru nak menghargai. Dan yang paling penting penghargaan perlulah ikhlas dan bukan di buat-buat.

Yang kedua pula mengenai pengulangan . Yang mana dengan melakukan sesuatu perkara secara berulang kali akan dapat menghasilkan hasil yang berbeza dan berlaku peningkatan. Mesti dengan kreatif dalam mencuba sesuatu berulang kali.

Bukan berulang kali melakukan perkara yang sama dengan langkah yang sama. Sebab keputusan pasti sama dan tidak akan berubah. Jadi bila kita suka melakukan sesuatu , kita mesti lakukan lagi dan lagi untuk melihat keputusan yang meningkat . Latihan lagi dan lagi.

Yang ketiga bila kita lakukan sesuatu untuk memberi kegembiraan kepada orang lain sudah tentu kita akan juga gembira. Jadi jangan timbulkan dalam diri bila buat sesuatu perkara kerana terpaksa. Tetapi buatlah untuk gembirakan sesiapa sahaja.

Aku harap apa yang aku nak ceritakan kat sini boleh sampai kat korang. Harap korang faham lah ye. Kalau tak faham tu aku minta maaf sebab bukan aku yang bagi korang faham. Yang bagi korang faham pun Tuha yang Esa.

Jadi terima kasih banyak kerana membaca.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan