20.5.13

Sebuah kepompong

Assalamualaikum

Hai hai kepada semua

Perjalanan hidup ni semakin indah dan indah bila kita mula bersyukur dan terus bersyukur.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya berjaya juga timbul keinginan nak menulis semula , bersyukur pada-Nya yang memberi nikmat.

Itulah masalah diri aku ni , keinginan je yang besar cuma pergerakan je yang perlahan. So tertangguh-tangguh. Dah rasa lama berada di dalam sebuah kepompong yang cantik ni dan rasa malas nak keluar.
Padahal kat luar sana ada banyak lagi perkara yang indah yang boleh aku tengok dan belajar.

Sebut pasal kepompong ni hangpa tau tak apa benda tu? Kepompong atau dalam bahasa inggelishh nye ialah "Cocoon". Atau bagi aku tempat penginapan sementara bagi proses seekor ulat untuk meng'tranformasi'kan dirinya menjadi seekor rama-rama atau kupu-kupu yang sangat cantik dan unik.


Kepompong ni adalah salah satu tempat yang paling selesa bagi ulat beluncas ni untuk beradu (rehat) dan mengubah diri menjadi sesuatu ciptaan yang sangat berbeza daripada yang asal. Segala zat dan apa yang di perlukan sudah terdapat di dalam kepompong tadi.

Dan bila dah sampai masa , barulah ulat beluncas tadi keluar dengan memecahkan kepompongnya dengan sendiri tanpa memerlukan sesiapa atau peralatan yang canggih untuk memotong bahagian kepompong tadi.


Dan jeng jeng jeng akhirnya menjadi seekor rama-rama yang cantik gila baq hang. Lepas tu barulah si rama-rama ni akan beraksi dengan mengipaskan sayap mereka yang cantik tanpa perlu menjadi seekor rama-rama yang bangga dengan kecantikannya dan mungkin lupa diri kerana kecantikan tadi. Sebabnya sebelum ni rama-rama ni pernah menjadi seekor ulat beluncas yang tak cantik pun atau pun mungkin boleh menyebabkan sesiapa saja secara tiba-tiba mendapat alahan lalu berasa ngeri dengan bentuk ulat beluncas tadi.




Lalu terbang bebas menikmati keindahan alam di samping menjadi sebahagian daripada keindahan alam tersebut yang boleh di nikmati sesiapa sahaja yang melihat.

So bila kita sedar kita sedang berada di dalam kepompong kurnian-Nya , janganlah kita merasa selesa dengan keadaan kepompong yang kita ada. Apa-apa pun balik kepada asal dan melakukan penyerahan pada tuhan yang Esa. Mula bersyukur dengan pengalaman yang pernah kita lalui sebagai satu ilmu untuk kita lebih kenal siapa pencipta kita.


Dan apabila sudah betul-betul bersedia , barulah mula keluar dari kepompong tadi tanpa perlu di paksa-paksa atau terpaksa. Biar datang dari hati dan minta petunjuk ilahi.

Jadi izinkan saya untuk keluar dari kepompong yang cantik ni untuk lihat dunia yang lebih indah.


Kawan-kawan , i'm back.

Thanks for reading guys

Tiada ulasan:

Catat Ulasan